Dewan Ulama PAS Kawasan Pulai, Johor

Ulamak Pelapis PAS Desak JPMK Tarik Balik Tindakan

Sunday, July 24, 2011

Kenyataan Rasmi: Ulamak Pelapis PAS

Kuala Lumpur, 24 Julai 2011 - Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) agar menarik balik tindakan yang diambil terhadap pelajar-pelajar di Mesir kerana mengadakan himpunan menyokong tuntutan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Antara tindakan yang diambil adalah pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor, menghalau 3 orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak dan beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu yang menerima ugutan.

Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut sekaligus melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman  yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir.

JPMK seharusnya mendokong sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia untuk melihat suara mahasiswa dan perhimpunan yang dilakukan secara positif apatah lagi negara Mesir sendiri yang menjadi tempat mahasiswa ini belajar sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara demokrasi tulen.

Tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri. Ini sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam. Kezaliman dan penindasan ini seharusnya dihentikan. Kuasa yang dimiliki tidak seharusnya menyebabkan kita lupa diri sebagai seorang muslim.

Justeru, Ulamak Pelapis PAS menyeru agar Dato' Tuan Yang Terutama Duta Malaysia ke Kaherah, Dr. Fakhruddin bin Abd Mokti yang mempunyai latar belakang pengajian Islam agar tidak membelakangi ilmu yang dipelajari dengan menzalimi para mahasiswa.

Ulamak Pelapis juga memohon agar Wisma Putra, Kementerian Luar Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi agar campur tangan terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini demi untuk masa depan Islam dan negara pada masa hadapan.

Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat

Read more...

Hasil Bengkel Usrah Pulai pada 23.10.2010 – PAR Kempas

Sunday, October 24, 2010



1.       Bentuk Usrah

a.       Kawasan – Usrah Pimpinan (Bersekali dengan Mesyuarat Bulanan)
                                                              i.      Agenda
1.       Solat berjemaah
2.       Mathurat
3.       Kupasan buku
4.       Mesyuarat

b.      Pemuda -  Usrah Pemuda(Setiap minggu)
                                                              i.      Agenda
1.       Solat berjemaah
2.       Bacaan Al-Mathurat
3.       Kupasan buku
4.       Isu semasa

c.       Muslimat – Usrah Muslimat (Setiap minggu)
                                                              i.      Agenda
1.       Solat berjemaah
2.       Bacaan Al-Mathurat
3.       Kupasan buku
4.       Isu semasa

d.      Cawangan( Setiap Minggu)
                                                              i.      Agenda
1.       Solat berjemaah
2.       Bacaan Al-Mathurat
3.       Kupasan buku Apa ertinya saya menganut Islam – Fathi Yakan
4.       Isu semasa

e.      Liqa’ Al-Fikri
                                                              i.      Agenda
1.       Pengisian pimpinan PAS negeri
2.       Perbincangan
                                                            ii.      Pengurus : Lujnah Tarbiyah PAS Kawasan

Read more...

Ketua Urusan Ulama

Ustaz Hj Mohd Zulkefli bin Yusoff

No Tel: +6013 707 2030

Alamat:
PEJABAT PENTADBIRAN PAS PULAI
22-02, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama,
Tampoi, 81200, Johor Bahru


  © Blogger templates by Ourblogtemplates.com 2008

Kembali ke atas